Followers

Thursday 31 January 2013

Resepi baby 8 bulan



Bile ada anak ini lah dia isu yang selalu difikirkan oleh ibu-ibu. Hari-hari fikirkan apa makanan yang nak diberikan kepada anak. Sampai ade yang beli buku banyak-banyak dan ade juga yang google pasal makanan baby sampai berejam-rejam.

Punye lah pentingnya makanan untuk anak kan... Itu belum cerita lagi pasal anak elegik makan ini dan itu... anak yang tak nak makan, dan anak yang memilih makan....

Alhamdulillah... semenjak #damiaimani mencecah umur 8 bulan selera makan nya memang hebat... Alhamdulillah juga izwa dibeli masa untuk menyediakan makanan untuk #damiaimani... walaupun tengah malam...

Izwa memang suka masakkan untuk #damiaimani... walaupun babysitter boleh sediakan... tapi izwa puas bila #damiaimani makan habis makanan yang izwa masak...

Ok hari ini izwa nak share ngan ibu-ibu ape yang izwa bagi #damiaimani makan...

Ini izwa tunjukkan sekali lagi cara-cara izwa sediakan bubur dan ikan bilis...

CARA PENYEDIAAN BUBUR
bubur direndam 2-12jam... (izwa akan rendam beras dipagi hari petang balik kerja baru izwa tanahkan)
lepas rendam tak terus tanak, izwa akan blander kering dahulu...
kemudian sangaikan beras selama 15minit...
baru tanakkan beras tadi menjadi bubur...

CARA PENYEDIAAN IKAN BILIS
beli ikan bilis yang putih & yang kurang tulang.
rendam 30minit
buang tulang
sangaikan ikan bilis...
blander sampai hancur dan simpan buat stok dalam bekas...
nanti bile nak makan taburkan sahaja dalam bubur...



1. Bubur ( dari beras perang) + bayam + ikan bilis...
  • steamkan bayam 15minit.
  • masukan bubur yang telah masak ke dalam blender
  • taburkan ikan bilis yang telah dihancurkan...kedalam blender
  • blend bayam, bubur dan ikan bilis  sehingga sebati dan hancir...
  • siap untuk dimakan...
*izwa steam dan blender makanan untuk #damiaimani guna BLENDER&STEMER AVENT... memang best dan memudahkan sangat-sangat...



*kadang-kadang izwa akan masukkan sayur dalam bubur masak sekali je..

2. Bubur + sawi + carrot
  • sawi dan carrot di stemkan 20 minit..
  • blend kan dengan bubur.
  • kemudian izwa kan masukkan dalam food freezer pot.. (ini untuk dibekukan) 
3. Bubur + ayam + bayam
  • ayam dan bayam disteamkan 20minit
  • blend kan dnegan bubur
  • bekukan
4. Bubur + salmon + bayam + carrot
  • salmon, bayam dan carrot stemkan
  • blendkan dnegan bubur
  • bekukan
5. Pisang + apple
  • Stemkan seduadua bahan selama 5 minit sahaja
  • blenderkan
  • bekukan
Itu je hahahhaa... nnti nak tray bagi #damiaimani makan oat dan pasta pula...
nanti izwa share resepinya...





Ini ade lah makan #damiaimani yang siap untuk debekukan..

Antara bahan food freezer pots yang izwa guna
  • tommer tippie
  • jungle
  • babycube

semua ini boleh didapatkan kat semua butik baby yang ade.. kat kl dan selangor




Jumpe lagi nanti...
hahhhaaaa
macam dlam TV pula..

No comments:

Post a Comment