Followers

Monday 13 May 2013

JEMPUTAN KE MAJLIS HARI JARI NUR DAMIA IMANI

HAI BLOGGER SEMUA IZWA NAK MENJEMPUT KAWAN-KAWAN MUMMY DAMIA DAN KAWAN-KAWAN DAMIA... KE 

 
 
 MAJLIS HARI JADI NUR DAMIA IMANI 
PADA 25 MEI 2013 
JAM 3PM - 7PM 
DI KEDIAMAN ATOK DAMIA NO 31 JALAN P9B/8 PRESINT 9 62250 PUTRAJAYA SESIAPA
 YANG FREE DAN BERHAMPIRAN DENGAN PUTRAJAYA DIJEMPUT HADIR...

sesiapa yang nak kan map ke rumah atok damia boleh email kepada mummy damia
ddmmdamia@gmail.com

Thursday 11 April 2013

Makan sendiri

Hari selasa hari 2 kite orang berdua balik awal... izwa pun meemberi cadangan kepada husband izwa suruh dia yang masak dan izwa basuh kain, sidai kain dan jaga anak... Hasilnya ini lah mee tonggek dan ikan doory sweet sour.

Apr 9, 2013 | daddy masak by izwadamia on Keek.com

mee tonggeknya pula daddy dia buat lembik itu yang dapat idea bagi #damiaimani makan sendiri tu. banyak dia makan. http://www.youtube.com/watch?v=g9fax9tvtg0 tengok lah dia dia main-main sahaja makanannya... baru izwa tau sebenarnya dia tak boleh nak pegang mee tu masuk mulutnya... hehehehhhee

Wednesday 10 April 2013

Pandai jalan

Sekarang ini #damiaimani tak pandai jalan lagi... so dia naik turun dan naik turun... je lah... meniti tepi-tepi... tapi malam tadi dia dah pandai nak lepas2 tangan... adakan dia dah nak jalan... hahhahaa... mulut tak yah cakap lah... pandai cakap bahasa dia dah... bahasa yang faham dia cakap hanya DAH ,
NAK, ALLAH, DADDY, MAMA, AYAH, TATA 


Apr 9, 2013 | #damiaimani main. by izwadamia on Keek.com

Itu lah dia #damiaimani... haaaa.... tunggu nanti izwa sha ngan u all #damiaimani belajar makan mee sendiri.... TUNGGU

Tuesday 9 April 2013

Keek izwadamia

yeeyyeyee sekarang ini dah boleh share video dengan senangnya...
laman sosial keek pula yang akan menjadi popular selain instagram....

sesiapa yang ada anak... anak lah yang menjadi mangsa jadi model video...
ini modal setia izwa sampai bila-bila...

Apr 8, 2013 | mamam dah atau belum by izwadamia on Keek.com

tengok lah keek pertama izwa hahahahaa

Wednesday 3 April 2013

Pemproses solid food

Izwa nak kenalkan satu produk memproses makanan bayi yang berumur 6 bulan ke atas...
Kepada ibu-ibu yang sedang mencari blender... di sini izwa nak share produk tupperware
Nama dia




Boleh dibawa kemana-mana... tanpa menggunakan elektrik... hanya tarik punatnya makanan akan hancur ditangan anda..

Semua bahan boleh dihancurkan...

Promotion less 10%
NOW RM129 300ml
free Hot Tropic Spice Shaker (2) 140ml

Kos penghantaran percuma...

Berminat boleh call/sms


Tuesday 2 April 2013

Botol susu tupperware

Ok izwa nak share dengan kawan-kawan.... bulan ini tupperware ade keluarkan set untuk baby dan kanak-kanak yang bebas dari kimia...
Antara setnya... comel-comel tau...












Sesapa yang berminat boleh lah pre oder... dengan izwa atau sesape yang jual tupperware... atau boleh ke tupperware beli sendiri di semua branch tupperware...

Jika u all beli dari izwa potongan 15% akan diberikan kepada kawan-kawan...
kos penghantan percuma jika pembelian RM100 ke atas...
pembelain RM300 anda akan menjadi ahli tupperware secara percuma...
Kebaikan menjadi ahli... anda akan mendapat potongan harga sebanyak 25%

Untuk tempahan boleh email...
ddmmdamia@gmail.com
012 3489963 / 013 397 9737


Monday 1 April 2013

Misi

Hai u all 1st time update blog melslui android.
Nak share ngan korang misi bermula besok. Tujuannya nak ringankan badan sikit supaya tak malas buat kerja dan malas bangun pagi.
Set shaklee yan ade cinch perisa coklat, lecthin, peppermint, alfalfa, esp, mix tea, dan omega.
Set ini bukan untuk diet je. Tapi untuk kesihatan dan tenaga.
Still kene control makan. Bukan bedal makan sahaja.
Tunggu hasilnya.

Ubat gigi kanak-kanak

Hai u all sekarang ini izwa memang bz sangat-sangat hari-hari datang pagi balik malam.. kerja tak habis-habis... nak update pun tak sempat...

Alhamdulillah di pagi isnin ini izwa sampai ofis awal... so boleh lah curi-curi masa sedikit untuk menconteng disini....

Ok izwa nak tanya u all semua pasal ubat gigi untuk nak yang dah tumbuh gigi seawal 6 bulan...
APA yang sesuaikan... #damiaimani sampai sekarang hanya gosok gigi sahaja tampa ubat gigi....
takut nak gunakan ubat gigi yang ade. Semua kan macam-macam perisa...

Yang izwa biasa nampak dan terkenal yang ini lahkan...
Pureen ubat gigi...






Anak korang pakai apa ye?

Wednesday 13 February 2013

Damia makan telur


Malam ini nak tray buatkan damia begedil
khamis 6 hb hari itu damia checkup 9 bulan.
Dia dah boleh makan telur

Mula lah otak berjalan macam mana nak bagi damia makan telur
tak kan nak bagi telur sebijik macam itu kan...
sekali terjumpe lah idea nak buat begedil kan disalut telur ok lah kan...
hahhaha

Ye malam ni nak bagi damia makan begedil... yayyaayya
semalam gi tesco beli potato US

ok lah kan balik tinggal buat sahaja..

Ini izwa dapat dari

Updated cara introduce telur (ikut PPUM - MMRTELUR)
kalau belum intro telur, kena buat secara berperingkat.
- telur kena pastikan betul2 masak
- boleh buat rebus telur tu dulu lepas tu campur dalam puri atau bubur.

Cara nk intro:
Minggu pertama - 1 SUDU BESAR kuning telur sahaja
Minggu kedua - 2 kali seminggu jumlah yang sama (1 SUDU BESAR kuning telur sahaja)

Minggu ketiga - 1 BIJI telur kuning sahaja
Minggu keempat - 2 kali seminggu jumlah yang sama (1 BIJI kuning telur sahaja)

Minggu kelima - 1 BIJI telur kuning sahaja + 1 SUDU Putih Telur
Minggu keenam - 2 kali seminggu jumlah yang sama (1 BIJI telur kuning sahaja + 1 SUDU Putih Telur)

Minggu ketujuh - 1 BIJI telur sepenuhnya
Minggu kelapan - 2 kali seminggu jumlah yang sama (1 BIJI telur sepenuhnya)

Minggu ke sembilan dan seterusnya boleh la beri 1 biji telur tidak lebih dari 3x seminggu

HSFFYB 

Sunday 3 February 2013

Suplement untuk Damia

Assalamualaikum semua... pagi-pagi macam ini izwa tak berapa nak bz lagi..sebabnya diorang semua datang kul 11pagi hahhhaa... izwa je yang terrajin sebabnya... husband wa masuk kul 9... so kene lah awalkan....

Ok izwa nak share dengan korang semua berkaitan dengan suplement untuk anak kite...
Izwa bagi #damiaimani makan curcumer plus emolsion... perisa oren... ini memeng untuk baby 6 bulan ke atas... korang jangan risau insaallah...



Izwa bagi dia seminggu sekali atau dua kali...
Alhamdulillah sekarang #damiaimani nak masuk 9 bulan
Last dia demam masa 6 bulan..

Selesema + batuk tak ada...
Tidur dah tak berbunyi dah...
Hidung lah clear...

Tapi selera makan memang naik...

#damiaimani makan... 1 hari 16oz bubur habis...

Alhamdulillah damia suka makan sekarang ini... itu belum susu lagi  10 hari 650g susu...
Bagi izwa banyak lag jugakan....

Tapi izwa percaya ade yang lagi banyak


Selain itu izwa ade bagi #damiaimani minum grapewater untuk pertumbuhan gigi...
selakkan anak meradang dan demam...

Alhamdulillah 6 batang dah gigi @damiaimani


Bawah 2 batang...dulu
menyusur 2 batang atas... dan ni 2 batang atas lagi...

Thursday 31 January 2013

Resepi baby 8 bulan



Bile ada anak ini lah dia isu yang selalu difikirkan oleh ibu-ibu. Hari-hari fikirkan apa makanan yang nak diberikan kepada anak. Sampai ade yang beli buku banyak-banyak dan ade juga yang google pasal makanan baby sampai berejam-rejam.

Punye lah pentingnya makanan untuk anak kan... Itu belum cerita lagi pasal anak elegik makan ini dan itu... anak yang tak nak makan, dan anak yang memilih makan....

Alhamdulillah... semenjak #damiaimani mencecah umur 8 bulan selera makan nya memang hebat... Alhamdulillah juga izwa dibeli masa untuk menyediakan makanan untuk #damiaimani... walaupun tengah malam...

Izwa memang suka masakkan untuk #damiaimani... walaupun babysitter boleh sediakan... tapi izwa puas bila #damiaimani makan habis makanan yang izwa masak...

Ok hari ini izwa nak share ngan ibu-ibu ape yang izwa bagi #damiaimani makan...

Ini izwa tunjukkan sekali lagi cara-cara izwa sediakan bubur dan ikan bilis...

CARA PENYEDIAAN BUBUR
bubur direndam 2-12jam... (izwa akan rendam beras dipagi hari petang balik kerja baru izwa tanahkan)
lepas rendam tak terus tanak, izwa akan blander kering dahulu...
kemudian sangaikan beras selama 15minit...
baru tanakkan beras tadi menjadi bubur...

CARA PENYEDIAAN IKAN BILIS
beli ikan bilis yang putih & yang kurang tulang.
rendam 30minit
buang tulang
sangaikan ikan bilis...
blander sampai hancur dan simpan buat stok dalam bekas...
nanti bile nak makan taburkan sahaja dalam bubur...



1. Bubur ( dari beras perang) + bayam + ikan bilis...
  • steamkan bayam 15minit.
  • masukan bubur yang telah masak ke dalam blender
  • taburkan ikan bilis yang telah dihancurkan...kedalam blender
  • blend bayam, bubur dan ikan bilis  sehingga sebati dan hancir...
  • siap untuk dimakan...
*izwa steam dan blender makanan untuk #damiaimani guna BLENDER&STEMER AVENT... memang best dan memudahkan sangat-sangat...



*kadang-kadang izwa akan masukkan sayur dalam bubur masak sekali je..

2. Bubur + sawi + carrot
  • sawi dan carrot di stemkan 20 minit..
  • blend kan dengan bubur.
  • kemudian izwa kan masukkan dalam food freezer pot.. (ini untuk dibekukan) 
3. Bubur + ayam + bayam
  • ayam dan bayam disteamkan 20minit
  • blend kan dnegan bubur
  • bekukan
4. Bubur + salmon + bayam + carrot
  • salmon, bayam dan carrot stemkan
  • blendkan dnegan bubur
  • bekukan
5. Pisang + apple
  • Stemkan seduadua bahan selama 5 minit sahaja
  • blenderkan
  • bekukan
Itu je hahahhaa... nnti nak tray bagi #damiaimani makan oat dan pasta pula...
nanti izwa share resepinya...





Ini ade lah makan #damiaimani yang siap untuk debekukan..

Antara bahan food freezer pots yang izwa guna
  • tommer tippie
  • jungle
  • babycube

semua ini boleh didapatkan kat semua butik baby yang ade.. kat kl dan selangor




Jumpe lagi nanti...
hahhhaaaa
macam dlam TV pula..

Wednesday 16 January 2013

Cerita adik darwish n darwisya

Korang tau tak cerita pasal adik http://darwishndarwisya.blogspot.com/ ini.. yang pandai menghafal al-quran


Ikuti kisahnya dalam blog ibunya tau hari ini cerita mereka kua paper Harian metro..

Wordless Wednesday

1st time buat Wordless Wednesday
selama ini tak pernah pun hahahaha...
tak tau nak post ape...

dah lama izwa tak buat kerja macam ini kan... 
ambil gambar sendiri... 
hahhahaaa

Hari ini kerja berbaju bunga-bunga tudung pink...
 

Monday 14 January 2013

Seminggu di tempat baru

Alhamdulillah sekarang ini izwa berasa lebih happy dan amat lah seronok bile berada di tempat baru dah berasa di dalam situasi kerja yang baru. Izwa merasakan baru sahaja bekerja. 2013 adalah tahun yang agak bermakna dan memberi banyak pengalaman kepada izwa...

Seminggu izwa berada disini. seminggu juga izwa berasa seronok... dan seminggu juga lah izwa balik lambat dan jarang bermain dengan Damia. Ini lah dia dia dugaan yang izwa perlu tempuh kehidupan yang dikatakan 80% adalah kerja. Jadual baru izwa agak padat dengan kerja sahaja...

Bangun dipagi hari jam 6 pagi bersiap untuk ke tempat kerja. Sekarang ini jalan yang teramatlah teruk jamnya memaksa izwa bangun pagi dan pergi kerja dipagi hari seawal 7 pagi... Damia pun terpaksa izwa hantar seawal itu juga... Kesian dia kadang-kadang tak sempat izwa nak bagi dia breasfedding... dia tak bangun lagi... Damia mummy minta maaf... mummy terpaksa berbuat begini...

Perjalanan ke tempat kerja memakan masa sampai 1jam 30minit hingga 2 jam... Sebenarnya rumah izwa bukan lah jauh mana pun... puchong utama sahaja... nak sampai bangsar hanya 30minit sahaja... kalau tak jam... Izwa akan merasa situasi ini bile hari ahad... memang bahagialah jalan raya... siap boleh driff... hahahahaa Dugaan hidup zaman 2013...

Ditempat baru ini sebenarnya time workday izwa adalah 9pagi - 5petang... Tapi semenjak paper HM dilancarkan berwajah baru... kerja makin bertambah dan banyak bende yang izwa kene belajar... Page pun banyak... Semua ini memaksa izwa pulang yam 8/9 malam setiap hari... Tapi alhamdulillah itu semua dikira extrawork... mungkin ini rezeki... Tetapi bile difikirkan duit tidak penting jika dibandingkan dengan kebahagiaan...

Alhamdulillah Daddy Damia memahami tukar mummynya... Hari-hari izwa balik malam... Damia memang ade perubahan sedikit... lebih suka merengek meminta untuk dimanjakan... Damia ini manja budaknya... mungkin sebab di seorang lagikan... ape dia nak akan diikutkan... walaupun dia tak pandai cakap lagi.

Alhamdulillah Damia dah 8 bulan 2 minggu dah... apa yang dia dah pandai....? jengjeng... macam-macam

• pusing umur 3 setengah bulan
• pandai meniarap kebelakang 4 setengah bulan
• pandai meniarap kedepan angkat badan, gigi 2 batang bawah, 6 bulan
• pandai meniti di tepi kerusi dan meja, 7 bulan
• pandai memanjat dan gigi tambah lagi 2 batanga atas total 4 batang, 8 bulan
• kalau dipanggil dan pandai menoleh, bile dimarah pandai cebik



Makan pula... izwa buatkan damia bubur campur sayur, ikan dan ayam, lepas itu izwa ade buatkan dia ikan bilis sangai yang dikisar halus... ini izwa jadikan perisa peganti kepada garam.

Izwa tak pernah bagi Damia makan keledek dan labu... sebabnya kanan ibu berangin...

Damia ni dia sensitif sedikit... PERNAH izwa makan terlebih black pepper... dan makan asam... malam itu... Damia mengamuk-ngamuk, menangis tak berhenti selama 30 minit... kesiannya dia...

Semenjak dari itu izwa dah tak makan bende pelik-pelik... makan still berpantang... Benda berangin tak pernah sentuh...

Bermula episod izwa akan pulang lambat ke rumah hari-hari... kecuali hari selasa... insaallah izwa akan pulang jam 5 petang... Lagi awal dari orang lain semua....

Inilah pengorbanan seorang ibu...






Wednesday 9 January 2013

Ahad dan Public Holiday kerja

Bermula tahun baru ini dan bermulalah episod hidup baru... semua nya baru... kerja baru... kawan baru... kerusi baru... meja baru... 2013 adalah tahun yang bermakna...

Kenapa izwa cakap macam ini sebab sekarang ini izwa dah tak kerja dia department lama...iaitu department bahagian marketing... Sekarang izwa berada didunia penyiaran bahagian editorial. Izwa masih disharikat yang sama... cuma lain depatment...

Dulu hari-hari izwa membuat iklan... time kerja pun hanya ofis hour  9pagi - 6 petang...

Sekarang ini izwa hari-hari buat page editorial yang akan dikeeluarkan pada hari esoknya... time terja ngan pula 9pagi - 5 petang... tapi memang tak akan balik pukul 5petang... hari-hari balaik pukul 9 malam... Hari bekerja pun sudah bertukar ke Ahad - Jumaat... Hanya sabtu sahaja yang izwa  akan duduk rumah... bersama keluarga....

Ini lah yang izwa nak ceritakan pada korang semua... Hidup ku kini... 80% untuk kerja... hari-hari balik malam...

Kebaikan kerja kat sini.. hahaha orang kat sini baik-baik dan tak akan ambil tahu hal personal... masing-masing buat hal masing-masing... hmeee.... bestnya... tak lah kepoh sangat kan... hahhaa

Ok lah ini je lah ceritanya... hahhahaa... sape suka baca.. dan siapa tak suka tak payah baca ok...

* Izwa sebenarnya sekarang ini kerja di bahagian graphic editorial harian metro...

Tuesday 8 January 2013

New Year dan New tempat kerja 2013

Pembukaan di tahun 2013

Cabaran ditempat baru memang mencabar sangat-sangat... hari ini selasa jam 12.30, hari ke-2 aku bekerja disini...Aku nak cerita ngan korang sesuatu ini...
Aku duduk di tempat duduk ku tibe-tibe datang lah sub editor bertanyakan tentang

SE: Ana mana ana. (bukan nama sebenar)

Aku pun bangun menjengok.. Aku nampak dia pegang page yang aku pegang.

Aku: Kenapa kak... itu page saya rasanya...

SE: Ye ini lah aku nak bagi tau ni... (dengan nada yang agak lah jugakan)

Aku ini macam lah tersentap sikit... sikit je pun tak kesah pun hahhaaa..

Izwa ko jangan nak belagak ok... nanti ko terok lagi kene... hahahahha

Farahnya tak ada... so boss aku ade dia pun tengokkan page yang aku buat itu...

Aku pun datang tengok juga...

SE: Ini bukan heading terbalik ni.. tukar dengan introtext... yang ini pula ade logonya... nanti tanya fara.

boss aku pun ambil helaiannya tengok n tolong aku...

Dia tengok text asal... aku buat betul.. tak terbalik pun... kakak itu yang salah tulis dekat text asal...

Boss aku kata apa nak tau..

BOss: kak ? memang bossy....

Sabar je lah kan.. hahahahha
Ini lah cabarannya bile berada di tempat baru... tempatnya pula di editorial harian metro...
Wow memang lah... belakang aku tempat duduk semua wartawan hiburan... so hari-hari kot aku akan dengar cerita pasal artis itu, ini...
Artis pula datang bersilih ganti... hahahaa
Apa-apa pun sesape yang kerja satu tempat dengan aku dan yang terbaca.... nasib lah ye... n kalau ko rasa nak sampaikan dekat orang itu pun tak pe... aku tak kesah pun...
Ini tempat aku luahkan perasaan aku... hahhahaa...


* yang pastinya disini best...