Followers

Monday 31 December 2012

Besok 2013

Besok tahun 2013...
Selamat Tahun baru semua...

Ini post terakhir untuk tahun 2012....
Semoga kite semua bertambah-tambah azam....

Tak tau nak tulis apa lagi nanti sambung lah ye...
Tengah masak kan damia bubur ni
bye


Wednesday 26 December 2012

Potato, chicken with cheese

Semalam berfikir makanan ape lah yang wa nak bagi Damia makan ni... Dia dah bosan makan bubur dengan 1 jenis sayur sahaja...  Izwa terfikir boleh tak bagi anak makan cheese... google juga... ade yang kata boleh dan ada yang kata tak boleh... Bagi izwa kite cuba sahaja... hanya ibu sahaja yang tau ape yang anak dia nak makan... Izwa pun cuba lah buat resepi ini...






Yam yam... alhamdulillah dia makan n suka sangat-sangat... tujuan izwa bagi dia cheese sebab... barat Damia... izwa kan ade bagi tau korang... semenjak dia bertambah umur dari dia 6 bulan asik tak sihat dan selera makan tak berapa nak ada... beratnya kekal 6.5kg sahaja.. sampai lah nak masuk 8 bulan ini... So izwa nak naik kan badan dia sikit....

Izwa bagi Damia makan petang... lepas makan terus tidur... huhuhu kalau hari-hari macam ini mau tembam... baru sedap nak dokong Damia... hahahhhaa....

2013

Selamat tahun baru semua...
2013 tahun yang bakal lebih mencabar
anak makin besar... makin cerdik... makin kene perhatian lebih...

kehidupan lebih lama... tahun depan genap 2 tahun izwa bersama husband... baru 2 tahun kan angka yang masih sedikit... banyak lagi dugaan...

Hari ini last dah izwa kerja untuk tahun 2012... izwa akan mula bercuti besok... kalau ikutkan tak nak cuti pun... babysitter yang nak cuti.. so demi anak tercinta mummy kene lah berkorban habiskan cuti... still ade balance untuk dibawa ketahun depan...

Berblog tak cuti izwa akan update time cuti nanti... itu pun kalau ade masa kan... maklumlah duduk dengan anak nak belek dia je... Sekarang ni dah pandai main tapi kene duduk dengan dia... tengok dia... kalau ditinggalkan mesti cari sampai ke dapur...

Hmeee.. cerita pasal semalam 1 hari cuti duduk rumah sahaja... lepas itu wa buat resepi makanan untuk damia... Alhamdulillah dia suka sangat... kalaupun tak banyak dia makan setakat 2oz sahaja...
Resepinya nanti izwa share dengan you all nanti ok... kalau izwa raji hari ini ok je... tapi gambartak ade camre masa itu tertinggal rumah mama izwa....



*Alhamdulillah Damia dah sihat...

Monday 24 December 2012

Ulser dimulut

Askum semua...

Monday 24hb Disember... besok krismas, ramai yang cutikan. pagi tadi pergi kerja pun jalan tak jam. 30 minit je dah sampai ofis bandingkan hari biasa 1jam -1.15minit. Lama di perjalanan boring betul.

Cerita hari ini pasal anak kesayangan izwa NUR DAMIA IMANI... beratnya tak nak dari umurnya 6 bulan sampai lah sekarang nak masuk 8 bulan menten 6.5kg... badanya agak susut... izwa risau lah... Damia sekarang tengah mengalami ulser mulut... so dia tak berapa nak makan sangat... alhamdulillah susu dia ok.. tapi banyak lah minum susu... lagi-lagi kalau dapat nenen... memang lama lah berkepit sahaja...

Kawan-kawan tau tak macam mana nak hilangkan ulser damal mulut baby... kesian dia...

Sunday 23 December 2012

Baby Expo / Baby Fair Malaysia 2013

Assalamualaikum...

Jom habiskan duit

Hmeeee... hari ini hari ahad izwa kerja ok... Damia kat rumah dengan daddynya... izwa nak share dengan semua blogger... pasal expo baby yang bakal diadakan tahun 2013... ini penting bagi izwa sebab barang-barang yang izwa akan cari semuanya harga murah...

Baru anak seorangkan... macam naka 10... nak beli barang kene cari harga yang murah-murah... dan yang izwa suka lagi macam-macam boleh dapat.. semua yang kite nak semua ada...

Inilah jadualnya... so jom habiskan duit dah simpan duit... hhahahahaa

EG Mother, Baby & Kids Expo 2013
Dates: 18 to 20 January 2013
Time: Information not available
Venue: Putra World Trade Centre (PWTC) Hall 4
Organiser: EG Groups Holding
Website: EG Groups website here


Motherhood Expo 2013
Dates: 1 to 3 March 2013
Time: 10.30a.m. to 9p.m.
Venue: Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)
Organiser: Harenet Communications Sdn Bhd
Website: Harenet website here

5th Maternity & Children Expo
Dates: 5 to 7 April 2013
Time: Information not available
Venue: Mid Valley Exhibition Centre Halls 2 & 3
Organiser: The Concept Exhibition (M) Sdn Bhd
Website: Mid Valley Exhibition Centre events page here

Mom & Baby Expo
Dates: 8 to 13 May 2013
Time: Information not available
Venue: Mid Valley Exhibition Centre Halls 1, 2 & 3 Foyer
Organiser: Today Publishing Sdn Bhd
Website: Mid Valley Exhibition Centre events page here

Parents and Kids Expo 2013
Dates: 30 August to 1 September 2013
Time: 10.30a.m. to 9p.m.
Venue: Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)
Organiser: Harenet Communications Sdn Bhd
Website: Parents and Kids Expo website here

9th IBEX International Baby Expo
Dates: 15 to 17 November 2013
Time: 10:30a.m. to 9:00p.m.
Venue: Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)
Organiser: Harenet Communications Sdn Bhd
Website: IBEX website here

Friday 21 December 2012

Jumaat-Zikir Harian

Memandangkan hari ini hari jumaat izwa nak share dengan korang semua... amalan untuk kite bersama... Izwa sekarang ini memang tengah mencari ayat-ayat yang boleh hindarkan diri ini dari kesusahan, dan kegusaran... (wah ayat..) Jom kite kongsi

ZIKIR HARIAN

HARI AHAD: Ya Hayyu Ya Qayyum ( 1000 X )
HARI ISNIN: La haula wala quwwata illa billa hil 'aliyyil 'a ziim ( 1000 X )
HARI SELASA: Allahumma salli 'ala 'abdika warasulika wanabiyyikal amiina wa'ala alihi wasahbihi wasallim ( 1000 X )
HARI RABU: Astagh firullahal 'a ziim ( 1000 X )
HARI KHAMIS: Subhanallahii 'a ziim , Subhanallahi wabihamdihi ( 1000 X )
HARI JUMAAT: Ya Allah ( 1000 X )
HARI SABTU: La ilaha illallah ( 1000 X ) 
Selain itu izwa nak share dengan korang surah ar-rahman...

Keutamaan surah ini adalah

1. Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa yang membaca surat Ar-Rahman, Allah akan menyayangi kelemahannya dan meridhai nikmat yang dikaruniakan padanya.” (Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 5/187).
2. Imam Ja’far Ash-shadiq (sa) berkata: “Barangsiapa yang membaca surat Ar-Rahman, dan ketika membaca kalimat ‘Fabiayyi âlâi Rabbikumâ tukadzdzibân’, ia mengucapkan: Lâ bisyay-in min âlâika Rabbî akdzibu (tidak ada satu pun nikmat-Mu, duhai Tuhanku, yang aku dustakan), jika saat membacanya itu pada malam hari kemudian ia mati, maka matinya seperti matinya orang yang syahid; jika membacanya di siang hari kemudian mati, maka matinya seperti matinya orang yang syahid.” (Tsawabul A’mal, hlm 117).
3. Imam Ja’far Ash-Shadiq (sa) berkata: “Jangan tinggalkan membaca surat Ar-Rahman, bangunlah malam bersamanya, surat ini tidak menentramkan hati orang-orang munafik, kamu akan menjumpai Tuhannya bersamanya pada hari kiamat, wujudnya seperti wujud manusia yang paling indah, dan baunya paling harum. Pada hari kiamat tidak ada seorangpun yang berdiri di hadapan Allah yang lebih dekat dengan-Nya daripadanya. Pada saat itu Allah berfirman padanya: Siapakah orang yang sering bangun malam bersamamu saat di dunia dan tekun membacamu. Ia menjawab: Ya Rabbi, fulan bin fulan, lalu wajah mereka menjadi putih, dan ia berkata kepada mereka: Berilah syafaat orang-orang yang mencintai kalian, kemudian mereka memberi syafaat sampai yang terakhir dan tidak ada seorang pun yang tertinggal dari orang-orang yang berhak menerima syafaat mereka. Lalu ia berkata kepada mereka: Masuklah kalian ke surga, dan tinggallah di dalamnya sebagaimana yang kalian inginkan.” (Tsawabul A’mal, hlm 117).

Mulai hari ini izwa akan pasang ayat ini sahaja untuk izwa hafal... Ini adalah salah satu azam baru wa 2013... wa nak hafal surah...

Insaallah usaha ini bukan untuk izwa sahaja... untuk anak izwa juga... banyak izwa baca pasal ilmu pertama untuk anak kita adalah al-quran... ini akan dibawa sampai dia tua n akhirat nanti...

Semoga NUR DAMIA IMANI menjadi anak yang solehah...




* Damia kene ulser... kesian dia...

Thursday 20 December 2012

95 Surah insyirah - Kebaikan

Izwa nak share ngan kawan-kawan padal surah ini... kenapa izwa terpanggil-panggil untuk mengetahui pasal surah ini... sebabnya izwa inginkan hidup izwa ini tenang sahaja... ingin dimurahkan rezeki dan ingin memiliki seorang anak yang solehah, cerdik, pandai....

Jom kite tengok apa Manfaat surah ini...




Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
(1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?
(2) Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);

(3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

(4) Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

(5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

(6) Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

(7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

(8) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).


Banyak fadhilat yang boleh didapati dari surah ini. Antaranya:

1. Mempermudah segala urusan dan murah rezeki. Amalkan membacanya 7 kali selepas solat fardhu.

2. Apabila ada sesuatu hajat yang penting, kerjakan solat sunat Hajat atau Tahajjud ditengah malam, dan baca surah ini 103 kali atau lebih banyak menurut kemampuan. InsyaAllah hajatnya akan tercapai.

3. Amalkan membaca surah ini, Insya Allah terjauh dari wabak penyakit panas dan penyakit berjangkit.

4. Untuk mengubati orang yang disengat serangga, baca surah ini kemudian tiupkan kepada pesakit, insyaAllah akan sembuh.

5. Barangsiapa mengamalkan surah ini, nescaya dadanya yang sempit akan dilapangkan Allah SWT.

Caranya:
Dibaca dengan meletakkan tapak tangan kanan di dada sebelah kiri dan ditekan. Kemudian dibaca surah Al-Insyirah 3 kali dan mohonlah supaya dilapangkan dada.

6. Tuliskan surah ini pada kertas, kemudian direndam dalam air dan diminumkan airnya kepada seseorang untuk mendorongkannya supaya bertaubat dengan sesungguhnya. Elok juga di baca Asma’al Husna “AL-TAWWAB” sebanyak 300 kali selepas solat Dhuha.

7. Doa untuk menghalang anak-anak bergaduh, bacalah Al Fatihah dan selawat diikuti dengan surah Al-Insyirah sebanyak 7 kali kemudian bacakan Ayat 200 dari surah Ali Imran serta doa berikut : “Allahumma allif baina qulubihim wa ashlih zata bainihim”. Selepas itu, dihembus ke dalam air untuk diberi minum kepada anak-anak. Boleh juga dibaca dan dihembus ke ubun-ubun anak anda pada setiap malam.

8. Surah ini jika di baca pada air sebanyak 111 kali, dapat menyembuhkan penyakit batu karang. Air ini dapat menghancurkan batu kerikil tersebut.

9. Jika diamalkan surah ini sebanyak 200 x setiap terbit matahari, insyaAllah akan dibukakan kepadanya perkara-perkara yang ajaib.

10. Surah ini jika dibaca pada air kemudian diminum, insyaAllah akan hilang dukacitanya dan terpelihara dari terkejut . Jika dilakukan 7 hari berturut2, insyaAllah akan kuat daya ingatannya.


Kelebihan Surah Al-Insyirah.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda : “Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku”.

Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.

Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.

Barangsiapa membaca Alam Nasyrah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.

Apa itu paraben dalam bottle cleanser


Hari ini izwa terbaca seorang blogger ini saffiya osman... pasal bottel clencer... yang mempunyai bahan paraben... izwa pun tak tau pasal ini sebenarnye... izwa ingatkan bottle cleanser semua terbaik... daripada kite guna sabun biasa... untuk menghilangkan kotoran susu dalam botol...

Izwa selama ini memang menggukan pureen... kenapa sebab mungkin murah kot... ade juga brand lain... tapi agak mahal sedikit... contoh brand yanga de... pigeon, bumble bee, autumz, dan beberapa lagi produk organik yang izwa tahu buds.... yang produk organik ini yang izwa tahu harganya agak mahal sedikit...

Izwa ade google apa yang dimaksudkan dengan padaben... ape yang izwa jumpa bahan ini digunakan dalam produk kosmetik... tapi tak jumpe pula yang berkaitan dengan bottle cleanser...

Apa itu Paraben?
Paraben adalah bahan pengawet yang biasa digunakan dalam produk cosmetic, secara chemicalnya paraben adalah esters dari p-hydroxybenzoic acid. Paraben yang biasa di gunakan adalah Methyl paraben, propyl paraben dan butyl paraben. Biasanya paraben ini digunakan secara combinasi... kenapa?
Kerana setiap jenis paraben yang berlainan akan memastikan pengawetan dilakukan
dalam range fungal dan bakteria yang berbeza.

*ini sahaja yang izwa jumpe...

Maknanya sekarang ini izwa kene tukar yang lain lah bottle cleanser Damia... Izwa guna pureen kalau korang perasan dalam bahannya dia ade guna padaben... Kite kene elakkan... Apa yang izwa bahan dia akan membahayakan horman anak kite...

Harga pureen sepeket RM11 izwa beli masa expo kat midvelly awal bulan dis.... banyka pula 2 izwa beli... nampak gayanya kene buang atau guna untuk basuh pinggan atau basuh lantai hahhahahaa....

Sama-sama lah kite share ok... terima kasih pada saffiya osman sebab share maklumat pasal ini... kalau tak izwa pun tak tahu pasal ini...

Wednesday 19 December 2012

Seoang designer

Seorang Designer

Ini lah tugas izwa hari-hari... dekat 7 tahun kot wa kerja kat sini... rasa macam dah nak bosan dah... macam-macam perangai... macam mana lah orang yang dah kerja berpuluh tahun... hari-hari buat kerja yang sama... Hari ini izwa agak boring dan bosan kerja sebab ape yang izwa buat semuanya orang tak suka...

Ko nak macam mana lagi... aku rasa aku buat dah ok kot... ade element-elemnt berkaintan... katanya kelakar... ok aku terima lahkan... designer memang selalu ditindas dengan design-design yang diorang akan tak suka...

Boring betul... lepas itu yang aku geram tu dia bukan cakap ngan aku... dia cakap ngan bos aku... sakitnye hati aku... nak cakap lah dengan aku... kelakar ke... hodoh ke.. tak cantik ke...buruk ke... ape lah kan... tak yang nak cakp belakang...

itu lah dia kan.... ape yang aku boleh cakpa kene sabar... tapi sampai bile kan...

“ B boleh tak u tengok artwork ini... agak messy lah ( ape tah spelling dia...) “
Maksudnya buruk lahkan...

Macam bagus je kan...  Ini lah hakikatnyakan...
Mungkin izwa tak bagus lagi...
Motivasi diri sendiri... design aku memang tak best langsung...
Memang aku ini tak segempak orang lain...

Tuesday 18 December 2012

Makanan untuk baby Damia 6 bulan

First post... izwa nak share dengan kawan-kawan semua berkaitan dengan makanan bayi umur 6 bulan... Kepada ibu-ibu yang mencari resepi dan tak tau macam mana nak mulakannya... Izwa akan share dengan korang semua macam mana izwa mulakannya...

Mula-mula izwa pun buntu tak tau nak bagi baby D makan apa.. google punya google banyak maklumat yang izwa dapat... antaranya

Ada yang mulakan memberi sayur-sayuran dahulu... yang paling senang adalah lobak (carrot), brokoli, bayam, keledek (sweet potato), labu (pumkin), ada juga yang bagi sawi, saderi, dan potato... mungkin ade lagi sayuran yang boleh diberi... tapi ini sahaja kebanyakannya...





Lepas itu ada yang bagi baby diorang makan buah-buahan... antaranya
apple merah, betik, pisang, pear, mangga, peach, plum, apricot, kurma, kismis, dan buah apa lagi ye... ini sahaja yang izwa tahu....

Cara-cara nak bagi anak makan dimulakan dengan 4 hari berturut bagai makan bende yang sama... supaya kite boleh tahu yang anak kite alah pada makanan apa...

Contohnya... jika kite buatkan dia carrot... berikan dia makan carrot 4 hari berturut... kemudian tukar menu ke sweet potato dan beri selama 4 hari berturus sampai lah selama sebulan...

Terpulang kepada masing-masing... hanya ibu kepada baby kite sahaja yang tau ape yang anak kite nak dah suka...

Cara izwa... pada minggu pertama baby D masuk umur 6 bulan izwa mula bagi dia makan carrot untuk tengah hari dan petangnya izwa bagi dia makan kurma... Izwa bagi baby D makan selama 4 hari bende yang sama...

6 bulan 2 minggu izwa mulakan bagi baby D makan rice... Izwa kat rumah guna rice taj mahal... So izwa guna berat itu sahaja... dengan cara izwa rendam dahulu rice itu dahulu... kemudian izwa baru tanah rice menjadi bubur... nanti izwa rajin izwa ceritakan macam mana izwa sediakan rice untuk baby D ok... Izwa ade terbaca rice yang terbaik adalah brown rice... Tapi bagi izwa mana-mana pun sama... janji khasiatnya...

Selain itu izwa ade sediakan baby D nestam, biskut rusk, dan bittes... babysitter wa suka berjalan... kalau dia nak keluar dia akan bagia baby D makan yang segera sahaja... izwa tak kesah pun sebab makanan yang segera masih ada khasiatnya...    

Bila baby D masuk 7 bulan izwa mula bagi dia makan betik, pear, apple kurma, kismis... Izwa buat campuran... rice + kurma... rice + kismis... Kekerapan nya pun bertambah... baby D akan makan pagi, tengah hari, petang dan malam dengan izwa... bagi makan biskut sahaja... sebab karang-karang kesian dengan dia tengok kite orang makan... mulutnya terkumat-kumat nak makan juga...

Sekarang ini baby D dah 7 bulan 2 minggu... izwa mula bagi dia makan ayam... tapi ikutpun izwa buat kuah ayam sahaja... izwa rebus dan blender dengan isi ayam dan tapiskan... kuah ayam ini izwa akan campurkan dengan rice...

Izwa ada beli avocado tapi belum tau nak buat macam mana lagi... izwa tengah comfius macam mana nak tau buat itu masak... sebab biasa minum airnya sahaja yang dibei dikedai... ini buat sendirikan... so tak tau lagi...

Insaallah nanti izwa akan sharekan dengan korang cara-cara izwa menyediakannya... yang pasatinya semua izwa buat waktu malam bile baby D dah tidur dan izwa akan bekukan dalam deep freeze...

Sekian...

* kepada yang membaca terima kasih dan jangan lupa tinggalkan link korang izwa nak simpan dan jangan lupa juga follow me kalau sudi...